Khamis, 13 September 2012

Air Zam - Zam



Air Zam-Zam yang dibotol khas melalui Projek Al-Malik Abdullah Raja Kerajaan Arab Saudi.

Air yang dibawa khas dari tanah suci Mekah. Dengan ini memudahkan orang ramai untuk mendapatkan air suci ini dari kami jika ada sebarang majlis seperti cukur jambul atau sebagainya. Air Zam Zam hanya boleh didapati di Mekah sahaja dan tidak lagi menjadi kesulitan kepada orang ramai untuk mendapatkannya. Kami menjualnya dengan harga yang berpatutan.

Harga
Kapasiti
Minima Tempahan
RM      9.00
500 ml
2 Botol
RM   25.00
1.5 Liter
1 Botol
RM 130.00
10 Liter
1 Tong

* Harga tidak termasuk kos penghantaran. Tersedia untuk dijual.
* Harga boleh dirunding, jika banyak tempahan diterima.


Khasiatnya :

a)  Penerang hati
b)  Menghilangkan gangguan jin, iblis dan syaitan
c)  Memudahkan ibu bersalin - minum ketika berasa sakit hendak bersalin.
d)  Ubat bagi segala penyakit yang diniatkan oleh sipeminumnya sebagaimana
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Air zam-zam itu adalah ubat bagi segala penyakit yang diniatkan oleh peminumnya."

Doa ketika meminum Air Zam-Zam :

“Ya Allah, jadikanlah air zam-zam ini pengetahuan yang bermanafaat dan rezeki yang luas serta ubat dari segala penyakit”.

Air Zam-Zam dan Khasiatnya :

1.   Air Zam-Zam adalah air yang penuh keberkatan. Air zam-zam adalah sebaik-baik air di muka bumi ini. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut dapat menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh sebagai pengubat penyakit.(As Silsilah Ash Shahihah no. 1056 : Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits tersebut hasan)

Boleh mengambil keberkatan dari air tersebut kerana hal ini telah diisyaratkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dianjurkan bagi orang yang meminum air zam-zam untuk memerciki air tersebut pada kepala, wajah dan dadanya.

2.   Air Zam-Zam menjadi makanan yang mengenyangkan. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut air zam-zam :

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ إِنَّهَا طَعَامُ طُعْمٍ

Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.” (HR Muslim no. 4520)

3.    Air Zam-Zam dapat menyembuhkan penyakit. Sehingga sebahagian pakar fiqh menganjurkan agar berbekal dengan air zam-zam ketika pulang dari tanah suci untuk menyembuhkan orang yang sakit. Dalilnya, dulu ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah membawa pulang air zam-zam (dalam sebuah botol), lalu beliau mengatakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melakukan seperti ini. Diriwayatkan dari yang lainnya, dari Abu Kuraib, terdapat tambahan :

حَمَلَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فِى الأَدَاوَى وَالْقِرَبِ وَكَانَ يَصُبُّ عَلَى الْمَرْضَى وَيَسْقِيهِمْ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah membawa air zam-zam dalam botol atau tempat air. Ada orang yang jatuh sakit, kemudian beliau menyembuhkannya dengan air zam-zam”.


4.   Doa mustajab melalui keberkatan Air Zam-Zam.

Hendaklah seseorang memperbanyak do’a ketika meminum air zam-zam. Ketika meminumnya, hendaklah ia meminta pada Allah kemaslahatan dunia dan akhiratnya. Sebagaimana hal ini terdapat dalam hadits, dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ

Air zam-zam sesuai keinginan ketika meminumnya.


Maksudnya doa apa saja yang diucapkan ketika meminumnya adalah doa yang mustajab.